Thursday, March 28, 2019

Pengalaman Temuduga Management Trainee McDonalds






Betul kah aku ni manager? Rasa mcm nak gelak pun adaaa.... hahahha!

Okay... ingat senang aku nak sampai tahap ni. Terlalu mencabar bagi aku. Kisahnya bermula dimana aku sebok bermain facebook, eh2 ternampak kawan sorang ni share post dri MAHUKERJA page ttg Temuduga Management Trainee McDonalds, basic gaji RM2000, kelayakan diploma/degree. Gilaa taknak cuba. Dahla gaji aku masa tu RM1400 sebagai kerani. Aku pun ada degree. ceyyy bukan nak bangga la, mungkin ini satu peluang bagiku. giteww.

Temuduga tu bermula jam 2ptg hari ahad di McDonalds Metrocity, Kuching Sarawak. Memang nervous sgt! Yalakan... nak pegi iv kot. Masuk jer restoran tu dengan membawa resume bagai, terus ada seorang mamat ni beri kertas soalan. Eh2 mcm tau2 jer aku nak pegi iv. Laaaa... Ada exam rupanya. Kiranya kalau lulus exam, akan dipanggil iv. 

1. Entrance Exam
So jawab la exam tu, diberi masa 10min sahaja.  Kebanyakkan soalan matematik laa .. Siap sedia la aku keluarkan hp aku sbb nak kira2. Ada soalan convert cm to km laa. Ada pulak soalan tanya no plate kereta, dimana dia akan bagi senarai no plate kereta then kau just jawab no plate kreta negeri mana. hahaha! Nasib laaa aku dlu study kat semenanjung, tau la jawab sikit2. Tapi memang tak konfiden laaa, sebab byk soalan maths yg agak susah. Kira otak ada berkarat sikitlaa lama tak main kira2 ni.  Lepas aku htr paper tu, mamat yg uruskan exam kmi td tu dia beritahu, kalau nama kena panggil means that kau lulus exam tu n proceed to iv. So aku redho jer laaa. Yg penting aku dah cuba. Lama juga aku tunggu result exam tu, hmmm nampaknya mcm xda peluang. So aku melangkahkan kakiku utk kluar dri restoran tu. (drama sgt)  "Margaret" .. "Boleh bersedia utk ditemuduga" . Dalam hati yahooooo! lulus exammm tapi tapiii ada kegementaran pulakkk nak hadap penemuduga ni.

2. First Interview
Masuk bilik iv, omggg sejuknyaaa hahahah! Masa ni yg iv aku En. Hafiszol. Dia mmg peramah gilaaa lah! masuk2 dah senyum n tanya apa kbr. so bermulalah sesi iv nih. "Okay margaret, please introduce urself" Englishhhhhh gilerrr hahaha! Ahhh encang jak lah cakap omputeh! bila aku bgitau aku Universiti Malaysia Kelantan, tetiber dia menyampuk "pandai cakap kelantan ke?" "bolehhh lah sikit" .. "cuba cakap" "kecek supo sie" pastu kmi berdua ketawa berdekah hahahhaa! Maksudnya "bercakap seperti org siam". haha! pastu dia tanya lahh knpa nak amek keja ni, pastu tanya dulu keja apa.. Mostly soalan dia simple2 jer. pastu dia tanya kalau sy htr kamu keja ke semenanjung, kmu ok? aku jwb lah "kalau boleh saya mahu kerja di Kuching sahaja, tetapi kalau dah rezeki ke semenanjung ikut sajalah," cewahhhh, nampak tak permainannya kat situuu hahaha! Then dia tanya pulak apa yg aku tahu pasal kerja2 manager , aku jwb lah "kerja manager ni bukan saja menguruskan staf dan memastikan operasi restoran berjalan dgn lancar malah manager juga melaksanakan kertas kerja, buat bussiness review, kira stock dan sebagainya. Terus dia menyampuk "wow, u pandai buat bussiness review ke?". Aku jawab pandaiiii lahh . hahahha! kalau korang nak tahu, aku ni sebelum jadi kerani aku jadi manager kfc dulu selepas habis belajar hahahaha! tu pun xsampai setahun sbb tak tahan duduk jauh dri family. Aku transfer ke miri kot dulu. Kuching to miri 14jam! huhuuu. sbb tu aku resign then dpt keja kerani kat kuch. Pastu x tahan gaji kecik sbb dah start byr kereta kan, cari lah keja baruuu.. hmm, nmpak ker aku ni demand? hahaha! takla kott..  bukanla sia2kan rezeki tapi tu lah byk sgt kekangan n halangan. hahaha! Okay berbalik pada cerita kita td, dh iv bagai... terus dia keluarkan satu borang ni, dia suruh aku isi kat restoran mana aku nak training. Bukan main happyyy aku, akhirnyaa aku berjaya iv yahooo! Apa lagiiii, aku pilih lah yg paling dkt ngn rumah. hahaha! Pastu dia terangkanlah, borang ni u bwa pegi restoran tu n lapor diri cakap OJE 2hari. Blur lah aku, apa tu OJE???

3. On Job Evaluation (OJE)
OJE ni boleh dikatakan praktikal laa dimana kau harus berada n bekerja kat restoran selama 2hari. 1hari mewakili 8jam. Mcm jam bekerja biasa lah tapi kena ingat tau, xda elaun pun. Kira kau perlu bekerja tanpa gaji n perlu berkorban jugaklah dri segi masa n tenaga. Tapi takpa, demi menjadi seorang manager. gitewww hahah! Pakai T-shirt putih berkolar, seluar slack hitam n kasut hitam. Semasa OJE ni kau akan diterangkan psl restoran dri segi production, service.. (mcmmna nak msk ayam,patties,fries, mcmmana nak buat burger, layan guest , etc)... So masa kat sini aku telah dimonitor oleh Restaurant General Manager (RGM), Abg Eddy. Masa ni aku OJE kat MCD Batu Kawa DT. hahaha . abg eddy mmg sgt best lah. sporting n faham sgt apa yg dia ajar n terangkan. Padahal dia bekas manager kfc jugak! hahahahaha, high 5 abg eddy! Bah2, masa OJE ni jugak dia akan evaluate kau bukan sahaja dari segi kau pandai tak buat kerja, dia akan tgok kesungguhan kau n kau betul2 minat tak nak keja mcd ni. Yala, berhadapan dgn masak2, berhadapan dgn customer lagi.. kau malu ke tak. N aku bagi tips lah, masa OJE ni kau bawa lah pen n buku nota kecik utk kau catat apa yg dia ajar, at least kau ada skit ilmu psl mcd then nampak kat situ kau ada minat n kesungguhan dlm mcd. Bukan apa, sbb ada peserta lain tak tahan terus balik. Kononnya xbiasa kerja penat. hmm tolonglah anak2 mudaaa.. hahah! Selain tu, banyakkan bertanya jugak. Jgn korang tanya benda yg merapu pulak. Tanya lah procedure buat burger cmna, bp minit masak patties, pack fries mcm mana... gitewww. Kau jugak akan dinilai dalam semua station. Means that, kau akan berada di station fries, station ayam, cashier, kitchen, runner, presenter, lobby... Ikut suka la dia nak letak bp jam kau kat station tu. Macam aku satu station 1jam. Pasal rehat jgn risau, akan ada masa rehat 30min, ditanggung oleh MCD. n fyi,masa rehat xboleh masa peak hour (masa customer byk) - cth msa tengahri.. Rehat bila customer dah slow mode. Tibanya hari terakhir dah nak balik tu, RGM akan panggil kau ke satu bilik (biasa party room lah) , kat situ kau akan isi satu borang n dia minta kau terangkan apa yg kau pelajari selama 2hari tu. Rgm pun turut isi borang penilaian kau. ahhahaa! situ akan ada diberi markah, rasanya kalau nak lulus tu markah perlu 50% ke atas .  Aku just dpt 69% jer hahahaha! Memang syukur sgt agahahaha! Confirm dah dapat keja niii.... Eh tup tup abg eddy cakap tahniah sbb berjaya dlm oje, n gud luck for ur final iv. kau rasaaaa??? Ingatkan dah boleh lepas, ada satu lagi cobaan. Aku tanya lah, "sir" ceyy masa tu panggil sir lah. "sir, lepas final iv ni ada apa2 lagi x?" "xdaaa.. final iv lah last stage iaitu penentu samaada layak tak jadi manager dan org yg iv ni org yg berpangkat besar dlm mcd. kene buat baik2". Aku dah tertelan air liurrr dgr dia ckp mcmtuuu... hmmm bermula lagi lah darah gemuruh aku dtg lagiii

4. Final Interview
Aku sekali lagi berpakaian formal dengan mengendong resume serta sijil2 ku. Arghhhhh! nervous nyaa. Sekali tgok muka diorg mmg nmpak bengis lah . Aduii.. pasrah ja lahhh.. "Margaret Anak Dana" Kedengaran satu suara mahluk Tuhan ni memanggil. omgggg! aku berserah kpd mu Tuhan! Masuklah td bilik iv. 2orang yg iv aku, nampaklah org yg berpangkat. Mcm biasa lah dia akan sruh intro myself, experience semasa OJE.. Bila dia tahu aku org Iban, terus dia tanya aku ada rmh pjg tak. Aku ckp lah adaaa.... Haaaa siappp byk pulak soalan psl budaya aku hahaha! baru lahhh ada rasa selesa sikit nak iv, nervous pun hilang sikit demi sedikit. giteww.. pastu dia ada tanya lagi apa yg aku boleh sumbangkan kat mcd, apa kelebihan aku, camna aku nak apply teamwork dlm restoran, camna aku nak handle stress semasa bekerja. Paling seramnya dia boleh2 tanya "taknak kerja luar kuching ke?". Aduiii nmpak sgt masa first iv aku mmg ada tercatat dlm laporan (personal file kat situ ahahahha. Aku mcm biasa lah " Kalau boleh sy mmg nak bekerja di Kuching sir" "Ada komitmen ke?" . Aku jawab jerlah " Adaaa sir" hahahahah! mmg xnak jauh dri family pon. Cukuplah 4tahun aku kat Kelantan study jaoh, kini masa nya aku berbakti dgn family aku. Gitewww. Boleh pulak mereka berdua bagitahu kalau kerja jauh, pengalaman n karier pun semakin meluas. Yesss. mmg betul gaiss. Korang yg rasa2 nak merantau n okay saja kerja jauh, boleh jer... Aku mmg tetap dgn keputusan aku nak dduk Kuching sahaja. hahaha! Diorang pun okay n tulis kat laporan aku tu only kuching. hahahah! Dengan soalan yg bertalu2 tapii aku dpt jwb dgn penuh keyakinan n kejujuran , aku dapat rasa aku dpt. ceyyy konfiden jer lebih! Riak wajah penemuduga2 ni pun senyum2 jer dari tdi. Harap2 lah dpttt...hahahaha! Pastu mereka ada tanya kalau dpt kerja ni bila boleh start?.Aku tanya lah mereka pulak, boleh ONE MONTH NOTICE ke sir? .Mereka terus cakap boleh n mereka faham ada sesetengah company mmg perlukan sebulan notis sebelum resign. Dekat situ aku dpt tau yg mcd ni boleh kompromi. hehe. So, sbgai penutup iv td mereka tanya lah ada apa2 soalan tak. Aku tanya lah bilakah keputusan temuduga ini akan keluar dan sekiranya sy dpt pekerjaan ini, apakah persediaan yg sy harus lakukan? cewahhhh! nampak takkk soalan kesungguhan kat situuu... hahahaha! skill mesti mahu adaaa maa.. Pastu mereka jwblah "Bagus soalan kmu, kamu hanya perlu bersedia dri segi fizikal dan mental" tu jerrrr? hahaha .. pastu dia bagitau lah "paling2 pun 2minggu keputusan ini keluar dan kmu akan terima panggilan dari pihak HR." Aku pun angguk n sempat pulak aku berdrama kat situ "Saya berharap sy dapat pekerjaan ini sir dan sy akan buat yg terbaik untuk Mcdonalds" aeyyybah! hahahaa kemain eh pastu aku ucap terima kasih sbb dah beri peluang diberi kesempatan dalam temuduga ini.....
Tepat 2mingguuu, aku dpt satu msj whatsapp ni ..

"Congratulations!! You had succesfully passed the FINAL INTERVIEW for job position Management Trainee"..

Thankssss Lord! Masa tu aku mmg melompat bahagia! yahooooo. syukur sgt2 kpd Tuhan... Akhirnyaaaa... Begitulah kisah suka duka aku menempuhi dugaan nak jadi manager kat mcd hahaahha! So ingat yaaa gais, kalau korang nak apply kerja ni, pergi ke website MAHUKERJA. Biasanya dia akan post vacancy kat situ. Then ni stage2 yg korang perlu lalui sebelum dpt kerja ni :


Entrance Exam  
First Interview
On Job Evaluation (OJE)
Final Interview
 ⇓
Orientasi


                                         
Masa ni Orientasi kat Mcd Metrocity Dt n dapat tempat training dkt Mcd Plaza Merdeka, Kuching Sarawak. Nanti aku cerita pulak pasal setiap kursus2 yg perlu diambil kat mcd... Nantikannn hehe!


Apa2 pun, all the best k korangggg . 😊😊💗💗    

Pengalaman Temuduga Management Trainee McDonalds

Betul kah aku ni manager? Rasa mcm nak gelak pun adaaa.... hahahha! Okay... ingat senang aku nak sampai tahap ni. Terlalu m...